Perang di Gaza sudah berakhir - Trump - Utusan Malaysia

Perang di Gaza sudah berakhir – Trump

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengisytiharkan ‘perang Gaza sudah berakhir’ susulan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas yang mula berkuat kuasa minggu ini.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di platform Truth Social, Trump menyatakan semua pihak bersetuju kepada ‘sesuatu yang luar biasa, buat pertama kali dalam sejarah’.

Kenyataan itu merujuk kepada pelan damai 20 perkara yang dirangka oleh pentadbiran beliau dan dianggap antara kejayaan diplomatik terbesar era pemerintahannya.

Dalam reaksi rasmi, Hamas mengucapkan terima kasih kepada Trump berhubung peranan peribadinya memeterai perjanjian ini, walaupun menyuarakan kebimbangan terhadap beberapa syarat, khususnya berkaitan kawalan sempadan dan jaminan keselamatan jangka panjang.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dilaporkan masih berpegang teguh pada pendirian menolak penubuhan negara Palestin, meskipun beberapa kuasa Barat seperti Sepanyol, Ireland, dan Norway telah mengiktiraf Palestin secara rasmi.

Trump bagaimanapun tetap optimis, menegaskan bahawa “gencatan senjata ini adalah permulaan kepada era baharu yang membawa keamanan, keselamatan dan masa depan yang lebih stabil di Asia Barat.

Penganalisis politik menyifatkan pengumuman Trump sebagai satu langkah diplomatik besar, namun memberi amaran bahawa kejayaan pelan damai ini bergantung pada pelaksanaannya yang konsisten dan komitmen jangka panjang kedua-dua pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN