ISLAMABAD: Menteri Luar Pakistan, Muhammad Ishaq Dar menegaskan pelan yang diumumkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bagi menamatkan perang di Gaza tidak mencerminkan cadangan yang dikemukakan oleh negara-negara Arab dan Islam. “Apa yang diumumkan Trump bukanlah dokumen yang kami serahkan. Terdapat beberapa perkara penting yang sepatutnya dimasukkan,” katanya pada sidang media semalam. Dar menambah, Pakistan bersama tujuh lagi negara sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bersama mengenai cadangan asal tersebut…