Parlimen Portugal lulus RUU haramkan niqab, burqa - Utusan Malaysia

Parlimen Portugal lulus RUU haramkan niqab, burqa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON: Parlimen Portugal meluluskan rang undang-undang kontroversi yang mengharamkan pemakaian penutup muka seperti burqa dan niqab di kebanyakan ruang awam, menimbulkan perdebatan hangat mengenai isu kebebasan beragama dan hak individu.

Rang undang-undang yang dibentangkan oleh parti sayap kanan Chega ini disokong oleh gabungan parti tengah dan kanan, termasuk PSD, Liberal Initiative, dan CDS-PP.

Namun, ia ditentang hebat oleh parti berhaluan kiri seperti PS, Livre, PCP, dan Bloco de Esquerda yang menganggap larangan tersebut sebagai tindakan diskriminasi yang menyasarkan komuniti Muslim secara tidak adil.

Larangan ini meliputi sebarang pakaian yang menutupi atau menghalang wajah atas alasan jantina atau agama. Individu yang melanggar peraturan boleh dikenakan denda antara 200 euro (M988) hingga 4,000 euro (RM19,760), manakala sesiapa yang memaksa orang lain memakai penutup muka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun.

Bagaimanapun, rang undang-undang ini memberi pengecualian dalam situasi tertentu, termasuk alasan kesihatan, tugas profesional, persembahan seni, serta aktiviti keagamaan di tempat ibadat dan premis diplomatik.

Sekarang, rang undang-undang tersebut menunggu kelulusan Presiden Marcelo Rebelo de Sousa untuk menjadi undang-undang rasmi.

Jika diterima, Portugal akan menyertai beberapa negara Eropah lain seperti Perancis, Austria, dan Belgium yang telah mengenakan larangan serupa terhadap pemakaian burqa dan niqab di ruang awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN