KAHERAH: Mesir menuduh Ethiopia bertindak “secara cuai dan tidak bertanggungjawab” dalam pengurusan empangan Grand Ethiopian Renaissance Dam (GERD) sehingga memburukkan banjir besar di Sudan dan kini mengancam secara langsung keselamatan tanah dan rakyat Mesir. Dalam kenyataan tegas yang dikeluarkan Kementerian Sumber Air dan Pengairan Mesir pada Jumaat, negara itu mengaitkan peningkatan mendadak air Sungai Nil dengan pembukaan pintu empangan GERD oleh Ethiopia tanpa sebarang koordinasi atau notifikasi awal kepada negara-negara…