Lelaki buta pasang mata palsu bertatah berlian

Lelaki buta pasang mata palsu bertatah berlian

SLATER John menukar mata butanya dengan mata palsu bertatahkan berlian dua karat. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALABAMA: Seorang pemilik kedai barang kemas di Amerika Syarikat (AS) menjadi tumpuan ramai selepas bertindak menukar mata kanannya yang buta dengan mata palsu khas bertatahkan berlian dua karat.

Slater Jones, pereka barang kemas berasal dari negeri Alabama, kehilangan penglihatan di mata kanannya akibat penyakit serius namun, kehilangan itu tidak mematahkan semangatnya sebaliknya, beliau menjadikan kecacatan tersebut sebagai peluang untuk menampilkan identitinya sebagai pereka perhiasan unik.

Jones mendapatkan khidmat pakar prostetik mata, John Lim, bagi menghasilkan mata palsu yang bukan sahaja menyerupai mata asal, tetapi turut menonjolkan sentuhan peribadi dan seni reka eksklusif.

“Saya kehilangan mata, tetapi ia membawa cahaya baharu dalam hidup saya,” kata Jones sambil mengakui mata palsunya bukan sekadar alat perubatan, sebaliknya sebuah karya seni yang menggambarkan kehidupannya.

Menurut Lim, yang berpengalaman menghasilkan lebih 10,000 mata palsu untuk pesakit berusia antara enam minggu hingga 101 tahun, ciptaan untuk Jones itu merupakan prostetik paling bernilai dari segi bahan digunakan sepanjang kariernya.

Sejak Jones memperkenalkan mata berlian itu beberapa bulan lalu, imejnya menjadi tular dalam media sosial apabila ramai pengguna memuji kreativiti serta semangat positifnya, namun tidak kurang juga yang bimbang akan keselamatannya kerana membawa berlian sebenar pada tubuh.

“Bukankah berisiko keluar rumah dengan berlian di mata?” tulis seorang pengguna di ruangan komen.

Walau bagaimanapun, bagi Jones, mata istimewa itu melambangkan kekuatan dan ketabahan dirinya selepas melalui detik sukar.

“Ia bukan tentang kemewahan, tetapi ianya tentang menjadikan sesuatu yang pahit sebagai simbol cahaya baharu,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN