Kapal Global Sumud Flotilla berlabuh di Cyprus

Kapal Global Sumud Flotilla berlabuh di Cyprus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Sebuah kapal daripada misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa bantuan ke Gaza dilaporkan berlabuh di Cyprus, menurut kerajaan pulau Mediterranean itu pada Jumaat.

Kapal yang membawa 21 warga asing itu meminta untuk berlabuh di Larnaca bagi mengisi minyak dan atas alasan kemanusiaan, kata jurucakap kerajaan di platform X.

Jurucakap itu bagaimanapun tidak mengenal pasti kapal berkenaan, atau menyatakan sama ada ia termasuk dalam kalangan yang dipintas oleh tentera Israel.

Katanya, selepas mendaftarkan semua penumpang, Cyprus menyediakan keperluan asas mereka dan menawarkan bantuan konsular.

Israel berdepan kecaman dan bantahan antarabangsa selepas memintas sebahagian besar daripada kira-kira 40 bot dalam flotila tersebut dan menahan lebih 450 aktivis dari Itali, Sepanyol serta negara lain, termasuk aktivis alam sekitar Sweden, Greta Thunberg.

Israel berkata aktivis itu akan diusir.

Itali pada Khamis berkata, aktivis berkenaan dijangka dihantar ke ibu negara Eropah melalui penerbangan sewa khas pada Isnin dan Selasa.

Empat ahli Parlimen Itali sudah dibebaskan dan dijadualkan berlepas ke Rome pada Jumaat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN