BERLIN: Kerajaan Jerman akan memberi kuasa kepada polis persekutuan untuk menembak jatuh dron yang menceroboh ruang udara negara itu, susulan beberapa insiden yang mengganggu operasi lapangan terbang di Eropah dan dikaitkan oleh sesetengah pemimpin Eropah dengan perang hibrid oleh Russia. Undang-undang baharu itu, yang diluluskan kabinet pada Rabu dan menunggu kelulusan Parlimen, membenarkan polis menembak jatuh dron yang melanggar ruang udara Jerman sekiranya ia menimbulkan ancaman serius atau bahaya besar.…