Israel didakwa langgar gencatan senjata 36 kali, masih lancar serangan

Israel didakwa langgar gencatan senjata 36 kali, masih lancar serangan

ORANG ramai berjalan di hadapan runtuhan bangunan di Nuseirat, tengah Gaza. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada tengah hari Jumaat lalu, Pusat Hak Asasi Manusia Gaza mendakwa tentera Israel sudah melanggar perjanjian itu sebanyak 36 kali dalam tempoh hanya beberapa hari.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Rabu, organisasi tersebut mendedahkan serangan demi serangan, termasuk serangan udara, tembakan artileri dan tembakan senjata, terus berlaku di pelbagai kawasan dalam Gaza.

Antara insiden paling tragis, lima penduduk awam Palestin maut pada pagi Selasa apabila dron Israel menyasarkan mereka di kejiranan Shuja’iyya, timur Gaza City.

Menurut laporan, mangsa ketika itu memeriksa rumah mereka yang musnah selain tidak bersenjata dan tidak mengancam keselamatan mana-mana pihak.

Serangan lain menyusul di timur Khan Younis, menyebabkan seorang lagi orang awam terbunuh dan seorang cedera, manakala beberapa kecederaan lain dilaporkan di Jabalia dan Rafah.

“Serangan-serangan ini tidak berasas dan tiada keperluan ketenteraan,” menurut kenyataan Pusat Hak Asasi Manusia Gaza.

Mereka menyifatkan tindakan itu sebagai usaha terancang tentera Zionis untuk mewujudkan suasana ketakutan dan ketidakstabilan berterusan.

Sekatan terhadap bantuan kemanusiaan turut berterusan. Daripada lebih 1,800 trak bantuan yang sepatutnya dibenarkan masuk ke Gaza sejak gencatan senjata diumumkan, hanya 173 buah trak diluluskan.

Situasi ini menimbulkan kebimbangan besar, bukan sahaja terhadap nasib penduduk Gaza yang terus terperangkap, tetapi juga terhadap kredibiliti mana-mana perjanjian damai yang akan datang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN