TEHERAN: Iran menyatakan keraguan terhadap keikhlasan Israel untuk mematuhi syarat-syarat gencatan senjata di Gaza yang mula berkuat kuasa sehari sebelumnya, selepas dua tahun konflik berdarah antara kedua-dua pihak. “Kami memberi amaran tentang helah dan pengkhianatan rejim Zionis dalam perjanjian-perjanjian sebelum ini. Tiada sebarang kepercayaan terhadap rejim itu,” kata Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, merujuk kepada pelanggaran perjanjian gencatan senjata terdahulu, termasuk di Lubnan. Namun begitu, Araghchi menegaskan Iran tetap menyokong…