Chicago kini seperti zon perang - Utusan Malaysia

Chicago kini seperti zon perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHICAGO: Tindakan agresif pasukan Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) dalam operasi memburu pendatang tanpa izin di Chicago mencetuskan kemarahan pelbagai pihak yang menyifatkannya sebagai ‘taktik peperangan’ di kawasan kejiranan.

Antara insiden termasuk serbuan menggunakan helikopter di pangsapuri ketika penduduk tidur, pelepasan gas pemedih mata berhampiran sekolah, serta penahanan seorang ahli majlis bandar raya di hospital.

Gabenor Illinois, JB Pritzker, menyelar tindakan itu sebagai berlebihan dan berbahaya.

“Mereka menjadikan kawasan kejiranan seperti zon perang. Mereka menembak gas pemedih mata dan bom asap, menjadikan suasana seperti medan tempur,” katanya kepada CNN.

Sejak operasi besar-besaran bermula bulan lalu, lebih 1,000 pendatang ditahan di sekitar Chicago dan kawasan sekitar.

Pentadbiran Donald Trump berhasrat menghantar pasukan Pengawal Kebangsaan bagi memperhebatkan pengusiran pendatang namun, laporan mendakwa rakyat AS, kanak-kanak dan pemegang visa sah turut menjadi mangsa penahanan.

Pritzker memaklumkan beliau mengarahkan agensi negeri menyiasat dakwaan kanak-kanak digari dan dipisahkan daripada ibu bapa ketika operasi.

Operasi menyasarkan individu dipercayai ada kaitan dengan geng Tren de Aragua, namun enggan mengulas mengenai nasib kanak-kanak yang turut ditahan.

Seorang jurucakap Kumpulan Hak Imigran dan Pelarian Illinois (ICIRR), Brandon Lee, berkata empat rakyat AS turut ditahan dan beberapa penduduk dipasang alat pemantau di buku lali.

Penduduk dan pemimpin tempatan memfailkan saman persekutuan terhadap kerajaan AS bagi menuntut pagar sepanjang 2.4 meter yang dipasang tanpa kebenaran di luar pusat tahanan dibuka segera.

Pagar tersebut didakwa menghalang akses kenderaan bomba.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN