Budak 11 tahun cedera diterkam singa peliharaan

Budak 11 tahun cedera diterkam singa peliharaan

TANGKAP layar kamera keselamatan menunjukkan seekor singa mengejar seorang kanak-kanak lelaki. – AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANCHANABURI: Seorang ka­nak-kanak lelaki berusia 11 tahun cedera selepas diserang seekor anak singa peliharaan haram yang terlepas dari ikatan di wilayah Kanchanaburi, Thailand, pada Sabtu lalu.

Insiden mengejutkan itu berlaku apabila singa betina berusia setahun bernama Mahaesee meloloskan diri sebelum menerkam mangsa, Arthit Nueangnui yang bermain bersama beberapa rakan sekitar pukul 9.15 malam.

Rakaman kamera keselamatan menunjukkan singa tersebut berlari di jalan kawasan perumahan hingga mencetuskan panik dalam kalangan penduduk.

Menurut saksi, Arthit cuba melarikan diri namun diserang dari arah belakang dan dijatuhkan ke tanah sebelum digigit di bahagian rusuk.

Seorang jiran, Sarawut Tokaeo, 43, bertindak berani menyelamatkan mangsa dengan memukul kepala singa itu beberapa kali sehingga haiwan tersebut melepaskan cengkamannya.

Kedua-duanya mengalami kecederaan dalam pergelutan tersebut sebelum singa berkenaan kembali ke pemiliknya, Parinya Parkpoom, 32, yang tiba di lokasi tidak lama kemudian.
Arthit dan Sarawut segera dibawa ke hospital dan kini stabil.

Keesokan harinya, pegawai Jabatan Taman Negara dan Pemeliharaan Hidupan Liar Thailand (DNP) tiba di rumah Parinya untuk menenangkan dan menahan singa berkenaan bagi pemeriksaan veterinar.

Ketua Pengarah DNP, Attapol Charoenchansa berkata, pemilik singa itu didakwa melanggar Seksyen 15 Akta Pemuliharaan dan Perlindungan Hidupan Liar yang melarang pemegang permit melepaskan haiwan liar dari kawalan.

Kesalahan itu membawa hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda 50,000 baht (RM6,475) dan Parinya memohon maaf kepada keluarga mangsa serta berjanji menanggung semua kos rawatan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN