AS desak pelan lucutkan senjata Hamas - Utusan Malaysia

AS desak pelan lucutkan senjata Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) JD Vance memberi amaran tentang ‘tugas sukar’ yang menanti dalam melucutkan senjata Hamas dan membina masa depan aman untuk Gaza.

Vance bertemu Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada hari kedua lawatannya ke Israel, sebahagian daripada usaha diplomatik menyokong rancangan yang diusahakan AS untuk menamatkan pertempuran, membebaskan tebusan, dan akhirnya membangunkan semula wilayah Palestin yang musnah itu.

“Kita mempunyai tugas yang sangat-sangat sukar di hadapan kita, iaitu untuk melucutkan senjata Hamas tetapi pada masa yang sama membina semula Gaza, selain memastikan Hamas tidak lagi menjadi ancaman kepada rakan-rakan kita di Israel,” kata Vance dalam satu sidang media.

Vance memulakan lawatan tiga harinya pada Selasa dengan merasmikan Pusat Penyelarasan Sivil-Ketenteraan (CMCC) di barat daya Israel, tempat pasukan AS dan sekutu akan bekerjasama dengan tentera Israel bagi memantau gencatan senjata dan mengawasi penghantaran bantuan ke Gaza.

Beliau menyebut satu daripada tugas itu adalah penubuhan “pasukan keselamatan antarabangsa”, yang di bawah rancangan 20 perkara pentadbiran Presiden Donald Trump akan mengekalkan keamanan di Gaza ketika Israel berundur.

Beberapa sekutu AS mempertimbangkan untuk menyertai, tetapi tiada tentera AS akan dikerahkan dalam Gaza sebaliknya mereka akan menyelaras operasi dari pusat di Kiryat Gat, Israel.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN