BEIJING: Sebuah zoo di timur China melarang pengunjung daripada menunjukkan video pendek kepada seekor cimpanzi kerana bimbang tindakan itu akan menjejaskan penglihatannya. Ding Ding, seekor cimpanzi berusia dua tahun di Taman Hidupan Liar Shanghai mencuri hati ramai kerana gelagatnya yang mirip bayi manusia. Klip tular menunjukkan ia duduk bersila sambil menghirup susu, bersembunyi malu di pelukan penjaga, malah mencabut bunga teratai untuk dimakan kelopak demi kelopak. Baru-baru ini, tular dakwaan…