Trump hanya tegur tindakan Netanyahu serang Doha 'tidak bijak'

Trump hanya tegur tindakan Netanyahu serang Doha ‘tidak bijak’

DONALD Trump berjabat tangan dengan Benjamin Netanyahu semasa pertemuan di Pejabat Oval, Rumah Putih, Washington. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hanya sekadar menegur Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berhubung serangan udara ke atas kepimpinan Hamas di Qatar.

Tampa amaran keran, Trump sekadar menyifatkan ia sebagai tindakan “tidak bijak” dan berpotensi menjejaskan kestabilan serantau serta rundingan damai yang sedang berlangsung.

Menurut laporan Wall Street Journal yang memetik pegawai kanan pentadbiran AS tanpa mendedahkan identiti, teguran itu disampaikan oleh Trump dalam satu panggilan telefon yang disifatkan sebagai tegang, sejurus selepas serangan dilancarkan pada 9 September lalu.

Dalam panggilan tersebut, Trump dilaporkan menyuarakan kebimbangan serius mengenai implikasi tindakan Israel, khususnya ketika rundingan gencatan senjata antara Israel dan Hamas sedang dijalankan di Doha.

Namun, Netanyahu mempertahankan keputusannya, dengan menyatakan bahawa beliau hanya mempunyai “tempoh masa yang sangat singkat” untuk bertindak, dan memilih untuk mengambil peluang tersebut bagi menyasarkan kepimpinan Hamas di ibu negara Qatar.

“Beliau menjelaskan bahawa ini adalah peluang taktikal yang tidak boleh dilepaskan,” kata sumber terbabit.

Menariknya, satu lagi panggilan telefon antara kedua-dua pemimpin dikatakan berlangsung pada hari yang sama, namun dalam suasana yang lebih mesra. Dalam perbualan kedua itu, Trump dilaporkan bertanya secara langsung sama ada operasi serangan tersebut mencapai matlamat yang diinginkan.

Serangan udara yang berlaku pada 9 September menyasarkan sebuah pejabat yang dikaitkan dengan kepimpinan tertinggi Hamas di Doha. Ketika kejadian, rundingan damai yang diusahakan Qatar masih berlangsung dalam usaha menghentikan konflik berpanjangan di Gaza.

Sekurang-kurangnya enam individu terbunuh dalam serangan itu, termasuk seorang anak kepada pemimpin kanan Hamas dan seorang anggota keselamatan Qatar. Insiden tersebut bukan sahaja meningkatkan ketegangan diplomatik, tetapi turut mencetuskan kecaman hebat daripada pelbagai pihak di peringkat antarabangsa.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Arab Saudi, Turkiye dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) masing-masing menyatakan kebimbangan serius terhadap pelanggaran kedaulatan Qatar dan menyeru agar tindakan sedemikian dihentikan serta-merta.

Qatar, yang selama ini memainkan peranan sebagai perantara dalam konflik Israel-Palestin, mengecam serangan itu sebagai satu pencabulan terhadap wilayahnya dan menganggap ia boleh menjejaskan keseluruhan proses damai di Timur Tengah.

Penganalisis politik menjangkakan insiden ini akan memberi kesan jangka panjang terhadap hubungan Israel-Qatar serta peranan AS sebagai penjamin kestabilan di rantau tersebut. Ia juga dilihat sebagai satu lagi episod yang menunjukkan peningkatan tindakan unilateral oleh Israel, walaupun dengan risiko terhadap kepentingan geopolitik sekutunya sendiri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN