WASHINGTON: Beberapa hari selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas Qatar yang menyasarkan pemimpin Hamas, Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengeluarkan kenyataan berhati-hati ketika dua sekutu utama Washington di Asia Barat berdepan perpecahan yang semakin meruncing. “Qatar adalah sekutu yang sangat baik. Israel dan semua pihak lain, kita perlu berhati-hati. Apabila kita menyerang orang, kita perlu berhati-hati,” kata Trump kepada pemberita. Trump sebelum ini memaklumkan beliau tidak gembira dan…