WINDSOR: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump diraikan dalam satu jamuan negara penuh adat istiadat di Istana Windsor, semalam yang turut dihadiri konglomerat media, Rupert Murdoch. Trump, 79, yang dalam lawatan negara keduanya ke Britain, menikmati menu mewah termasuk watercress panna cotta, ayam belanda panggang gaya ballotine, serta pencuci mulut aiskrim vanila dengan sorbet raspberi. Jamuan itu diadakan di Balai St. George yang berusia hampir 1,000 tahun, diketuai sendiri oleh…










