WASHINGTON: Presiden Perancis, Emmanuel Macron menegaskan Perancis tidak akan membuka kedutaan di negara Palestin yang bakal diiktiraf secara rasmi, selagi tebusan yang ditahan Hamas di Gaza tidak dibebaskan. Kenyataan itu dibuat dalam satu temu bual bersama CBS News yang disiarkan pada Ahad, namun dirakam lebih awal pada Khamis lalu. “Ia akan menjadi syarat jelas bagi kami, sebelum mengambil langkah seperti membuka kedutaan di Palestin,” kata Macron dalam rancangan Face the…