GAZA CITY: Pekerja kemanusiaan di utara Gaza mendakwa mereka menerima amaran berulang kali daripada tentera Israel hanya hospital akan dianggap sebagai lokasi dilindungi, manakala semua pusat bantuan lain berisiko menjadi sasaran serangan. Menurut mesej dan perbualan yang didedahkan kepada The Guardian, arahan yang dikeluarkan Israel Defense Forces (IDF) untuk penduduk Gaza City turut meliputi semua lokasi kemanusiaan kecuali hospital, sambil memberi amaran operasi ketenteraan akan dijalankan dengan kekuatan besar untuk…