WASHINGTON: Tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menangguhkan bantuan senjata bernilai AS$400 juta (RM1.7 bilion) kepada Taiwan mencetuskan gelombang kebimbangan global. Langkah dramatik ini dipercayai berkait rapat dengan usaha Trump mengadakan perjanjian perdagangan baharu dengan China. Menurut laporan Washington Post, penangguhan itu melibatkan penghantaran peluru hidup dan dron autonomi dan berlaku hanya beberapa jam sebelum panggilan telefon antara Trump dan Presiden China, Xi Jinping. Kedua-dua pemimpin dilaporkan mencapai ‘kemajuan…