UTAH: Pendakwa raya negeri Utah mendakwa remaja lelaki berusia 22 tahun, Tyler Robinson atas kesalahan membunuh aktivis konservatif, Charlie Kirk, dalam insiden tembakan di Universiti Utah Valley (UVU) pada 10 September lalu. Peguam daerah Utah, Jeff Gray berkata, pihaknya akan menuntut hukuman mati terhadap Robinson sekiranya disabitkan kesalahan. Robinson berdepan tuduhan membunuh dengan sengaja, melepaskan tembakan secara jenayah serta mengganggu saksi selepas didakwa mengarahkan rakan serumahnya memadam mesej berbaur ancaman…