LOS ANGELES: Starbucks akan mengurangkan sekitar 900 jawatan bukan runcit dan menutup lebih kurang 200 cawangan di Amerika Utara sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula syarikat, menurut kenyataan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks, Brian Niccol, lapor Xinhua. Menurut Niccol, jumlah keseluruhan kedai Starbucks di Amerika Utara dijangka menurun kira-kira satu peratus pada tahun fiskal 2025. Starbucks dijangka menamatkan tahun fiskal dengan hampir 18,300 cawangan di seluruh Amerika Syarikat dan…