DOHA: Serangan Israel terhadap Qatar mencerminkan layanan dua darjat yang berterusan oleh masyarakat antarabangsa terhadap rejim Zionis, kata penganalisis Asia Barat, Adam Shapiro, yang turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan tindakan unilateral oleh Tel Aviv di rantau Teluk. Katanya, tindakan Israel yang sering melanggar undang-undang antarabangsa tanpa dikenakan sebarang hukuman mencerminkan sikap berat sebelah komuniti global yang seolah-olah membenarkan sebarang tindakan keras oleh rejim itu. “Pelanggaran yang dilakukan oleh Israel jarang…