HOUSTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sebelum ini menolak permohonan visa pemimpin Palestin Mahmoud Abbas dan delegasi besarnya untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) bulan ini. Kini, Washington mungkin menyasarkan negara lain termasuk Iran, Sudan, Zimbabwe, dan Brazil. Pergerakan delegasi kesemua negara berkenaan mungkin dihadkan di luar kawasan New York semasa UNGA berlangsung bermula 22 September ini. Menurut satu memo dalaman Jabatan Negara AS yang dilihat…