NEW DELHI: Pihak berkuasa India semalam mengenakan sekatan keselamatan ketat di Ladakh susulan rusuhan berdarah membabitkan penunjuk perasaan yang menuntut lebih banyak kuasa autonomi di wilayah Himalaya yang bersempadan dengan China. Rusuhan tercetus di bandar Leh, pusat pentadbiran Ladakh, apabila penunjuk perasaan bertindak membaling batu ke arah polis yang cuba menyuraikan mereka, selain membakar pejabat parti pemerintah, Parti Bharatiya Janata (BJP). Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri India dalam satu kenyataan…