Perubahan iklim boleh tambah berat badan penduduk dunia

Perubahan iklim boleh tambah berat badan penduduk dunia

KEADAAN cuaca yang semakin panas menyebabkan masyarakat cenderung menikmati makanan sejuk seperti aiskrim. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WALES: Cuaca panas sering kali membuatkan kita sukar menolak keenakan aiskrim atau kesegaran minuman berkarbonat.

Namun, pakar memberi amaran tabiat ini boleh menjadi sebahagian daripada masalah kesihatan yang lebih besar.

Menurut kajian terbaharu, perubahan iklim yang semakin panas berpotensi menjadikan kita lebih gemuk.

Penyelidik mendapati apabila suhu meningkat, orang ramai lebih cenderung memilih makanan dan minuman tinggi gula seperti minuman berkarbonat, jus manis dan pencuci mulut sejuk.

Apabila cuaca panas, tubuh menghasilkan lebih banyak peluh, sekali gus meningkatkan keperluan untuk hidrasi. Tetapi, sebaliknya ramai memilih minuman manis berbanding air kosong.

Kajian menunjukkan, antara suhu 12 hingga 30 darjah Celsius, pengambilan gula meningkat sekitar 0.7 gram bagi setiap darjah tambahan. Ini bermakna, pada suhu 25 darjah celsius, seseorang boleh mengambil lebih dua sudu teh gula tambahan berbanding pada suhu 12 darjah Celsius.

Sebelum ini, kajian telah menunjukkan bahawa perubahan iklim mampu memberi kesan serius terhadap kesihatan awam. Namun, kefahaman saintis mengenai bagaimana ia mempengaruhi pola pemakanan masih terhad.

Ketua penyelidik, Dr Pan He dari Cardiff University berkata, cuaca panas mendorong pengambilan gula atas dua faktor utama.

“Pertama, suhu yang lebih tinggi meningkatkan metabolisme dan menyebabkan keperluan hidrasi lebih besar. Jika seseorang terbiasa menggunakan minuman manis untuk menghilangkan dahaga, inilah yang menjadi masalah.

“Kedua, ramai memilih makanan dan minuman sejuk untuk menyejukkan badan dan kebanyakannya mengandungi gula tambahan seperti aiskrim atau yogurt sejuk beku,” jelasnya.

Bagi mengkaji potensi kaitan ini, satu kajian yang diterbitkan jurnal Nature Climate Change oleh penyelidik antarabangsa menggunakan data pembelian isi rumah di Amerika Syarikat dari tahun 2004 hingga 2019.

Mereka kemudian membandingkan jumlah kandungan gula dalam barangan runcit yang dibeli rakyat AS dengan keadaan cuaca tempatan, termasuk suhu, kelajuan angin dan kelembapan.

Hasil kajian mendedahkan hubungan antara suhu harian dengan jumlah gula diambil menunjukkan corak pemakanan boleh dipengaruhi perubahan iklim.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×