BAITULMUQADDIS: Timbalan Menteri Luar Palestin, Dr. Omar Awadallah menegaskan keputusan United Kingdom (UK), Australia dan Kanada untuk mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka adalah bukti kukuh Israel tidak mempunyai kedaulatan terhadap wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967. Dalam satu temu bual bersama agensi berita RIA Novosti, Awadallah berkata pengiktirafan tersebut merupakan hasil usaha diplomatik bertahun-tahun yang kini mula menampakkan hasil di peringkat antarabangsa. “Langkah pengiktirafan ini diambil ketika berlakunya genosid…










