Pemanis tiruan tingkat risiko kemerosotan otak

Pemanis tiruan tingkat risiko kemerosotan otak

PEMANIS tiruan yang terdapat dalam minuman ringan berisiko meningkatkan kemerosotan fungsi otak. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SÃO PAULO: Kajian baharu dari Brazil memberi amaran hanya satu tin minuman ringan diet sehari sudah cukup meningkatkan risiko kemerosotan fungsi otak.

Kajian tersebut menumpukan kepada pemanis tiruan yang sering digunakan sebagai pengganti gula, termasuk aspartame, bahan yang terdapat dalam minuman popular seperti Diet Coke, Sprite dan juga dalam gula-gula getah seperti Extra.

Pemanis ini sebelum ini sudah lama dikaitkan dengan risiko kanser dan penyakit jantung.

Namun, penemuan terkini mendapati pengambilan bahan tambahan dalam kadar tinggi boleh mempercepatkan proses penuaan otak.

Pengambilan gula tambahan melebihi kandungan semula jadi makanan atau minuman bersamaan dengan hanya satu tin minuman diet sehari meningkatkan risiko penuaan otak sehingga 62 peratus, iaitu bersamaan dengan 1.6 tahun penuaan.

Risiko ini didapati lebih tinggi dalam kalangan penghidap diabetes, yang lebih cenderung menggunakan pemanis tiruan sebagai pengganti gula.

Menurut para pakar, penemuan ini dianggap penting kerana ia menunjukkan penggunaan pemanis rendah kalori dan tanpa kalori boleh membawa kesan jangka panjang kepada kesihatan otak.

“Pemanis rendah atau tanpa kalori sering dianggap sebagai alternatif sihat kepada gula. Tetapi dapatan kami menunjukkan sesetengah pemanis mungkin memberi kesan negatif kepada kesihatan otak dalam jangka panjang,” kata penolong profesor penyakit kardiovaskular dan demensia di Universiti São Paulo.

Katanya, walaupun kaitan dengan penurunan kognitif ditemui dalam kalangan individu pertengahan usia sama ada penghidap diabetes atau tidak, golongan diabetes tetap paling berisiko kerana lebih banyak menggunakan pemanis tiruan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN