WASHINGTON: Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) Amerika Syarikat menggantung tugas seorang pegawai Penguatkuasaan Imigresen dan Kastam (ICE) selepas tular rakaman video yang menunjukkan beliau menolak seorang wanita sehingga terjatuh di sebuah mahkamah imigresen di New York. Dalam kenyataan rasmi, Penolong Setiausaha DHS, Tricia McLaughlin menegaskan, tindakan pegawai berkenaan tidak boleh diterima dan mencemarkan imej pasukan penguat kuasa. “Kelakuan pegawai dalam video tersebut adalah tidak wajar dan sama sekali tidak mencerminkan…