BANGKOK: Pegawai diraja Thailand menolak permintaan parti pemerintah untuk membubarkan Parlimen, sekali gus membuka jalan kepada satu undian yang bakal memilih Perdana Menteri baharu. Kekosongan kuasa melanda pejabat tertinggi Thailand sejak Jumaat lalu, apabila Mahkamah Perlembagaan memecat bekas Perdana Menteri, Paetongtarn Shinawatra berhubung pelanggaran etika. Semalam, Gabungan ahli Parlimen pembangkang membuat keputusan menyokong tokoh konservatif, Anutin Charnvirakul yang juga seorang hartawan sektor pembinaan untuk mengambil alih jawatan tersebut, dengan sesi…