DOHA: Menteri-Menteri Pertahanan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) semalam mengumumkan langkah segera memperkukuhkan keselamatan kolektif susulan serangan udara Israel ke atas Qatar pada 9 September lalu. Dalam kenyataan bersama, Majlis Pertahanan Bersama Teluk memutuskan untuk mempertingkatkan perkongsian risikan melalui Komando Ketenteraan Bersatu, menyediakan gambaran operasi udara bersama di seluruh Teluk serta mempercepatkan pembangunan sistem amaran awal peluru berpandu balistik. Mesyuarat tergempar yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Qatar, Khalid…