Jumlah korban banjir Bali, Flores meningkat

Jumlah korban banjir Bali, Flores meningkat

HUJAN lebat sejak lewat Selasa mencetuskan banjir di lima daerah di Bali serta ibu kota wilayah Denpasar, memaksa hampir 200 penduduk dipindahkan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENPASAR: Banjir kilat melanda dua buah pulau di Indonesia termasuk destinasi pelancongan terkenal Bali, mengorbankan sekurang-kurangnya 13 orang manakala enam lagi dilaporkan hilang, menurut agensi bencana negara pada Rabu.

Hujan lebat sejak lewat Selasa mencetuskan banjir di lima daerah di Bali serta ibu kota wilayah Denpasar, memaksa hampir 200 penduduk dipindahkan, kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Nasional (BNPB), Abdul Muhar.

Beliau memaklumkan sembilan mayat ditemui di Bali setakat petang Rabu, meningkat daripada dua yang dilaporkan sebelum ini dengan dua lagi masih belum ditemui.

Seramai 85 orang telah dipindahkan ke pusat perlindungan sementara di daerah Jembrana, di barat daya Bali, dan 108 orang lagi berlindung di beberapa lokasi lain, termasuk sebuah sekolah rendah.

Banjir kilat turut melanda pulau Flores di wilayah Nusa Tenggara Timur pada Isnin, memutuskan akses jalan raya dan perkhidmatan telefon di 18 kampung, menurut kenyataan berasingan daripada Abdul.

Ketua BNPB, Suharyanto berkata, banjir di daerah Nagekeo, Flores meragut empat nyawa manakala empat lagi masih hilang.

Beliau memaklumkan beberapa kawasan di Bali masih dinaiki air pada Rabu, walaupun banjir di Flores dilaporkan telah mulai surut.

Musim tengkujuh tahunan di Indonesia, yang biasanya berlaku antara November hingga April, sering menyebabkan tanah runtuh, banjir kilat dan penyakit bawaan air.

Perubahan iklim turut memberi kesan kepada corak ribut, termasuk tempoh dan tahap keterukan musim tengkujuh, mengakibatkan hujan lebih lebat, banjir kilat dan tiupan angin yang lebih kencang.

Pada bulan Mac lalu, banjir dan tanah runtuh di pulau Jawa telah mengorbankan tiga orang dan menyebabkan lima lagi hilang selepas hujan lebat melanda lebih dua puluh bandar.

Pada Januari pula, sekurang-kurangnya 25 orang terkorban apabila banjir dan tanah runtuh melanda sebuah bandar di Jawa Tengah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN