WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, menggesa kumpulan Hamas segera membebaskan semua tebusan yang masih ditahan di Gaza, sambil memberi amaran kegagalan berbuat demikian akan mencetuskan “situasi yang sukar dan buruk.” “Kami dalam rundingan yang sangat mendalam dengan Hamas. Kami kata, ‘bebaskan semua sekarang, lepaskan mereka semua, dan perkara yang lebih baik akan berlaku,’” kata Trump kepada wartawan di Pejabat Oval. Menurut beliau, jika Hamas enggan mengembalikan tahanan yang…