DOHA: Israel tidak berniat menutup penglibatannya dalam serangan di Doha pada Selasa, apabila hanya beberapa minit selepas letupan kedengaran di ibu negara Qatar, pegawai rejim itu segera mengaku bertanggungjawab dalam media. Tidak lama kemudian, pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu secara terbuka mengaku bertanggungjawab atas serangan terhadap beberapa pemimpin Hamas. “Kami yang memulakannya, kami yang melaksanakannya, dan Israel mengambil tanggungjawab penuh,” menurut kenyataan itu. Serangan tersebut menandakan satu lagi peningkatan…