Jawatankuasa Knesset Israel lulus RUU hukuman mati untuk tahanan Palestin - Utusan Malaysia

Jawatankuasa Knesset Israel lulus RUU hukuman mati untuk tahanan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Jawatankuasa Keselamatan Negara Knesset Israel pada Ahad meluluskan rang undang-undang (RUU) yang akan mengenakan hukuman mati terhadap tahanan Palestin, sekali gus membuka jalan untuk bacaan pertama di Parlimen.

Usul itu diluluskan dengan undian 4–1, meskipun peguam penasihat jawatankuasa menegaskan pengundian tidak boleh dijalankan ketika sidang Knesset dalam cuti rehat.

Jabatan perundangan jawatankuasa kemudian memberi amaran bahawa keputusan tersebut adalah ‘batal dan tidak sah’ kerana badan keselamatan dan profesional berkaitan tidak dirujuk seperti yang dikehendaki.

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu serta utusan khas bagi tawanan, Gal Hirsch, sebelum ini mencadangkan perbincangan hanya dihadkan kepada Kabinet Keselamatan.

Namun jawatankuasa tetap meneruskan sesi tersebut.

Ahli parlimen pembangkang mengecam langkah itu sebagai tidak sah dari segi undang-undang.

RUU berkenaan kini menuju ke bacaan pertama di sidang penuh Knesset, meskipun pertikaian undang-undang berhubung proses kelulusannya dijangka berterusan. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN