Ramai iktiraf Palestin, Israel ugut aneksasi Tebing Barat

Israel ugut aneksasi Tebing Barat

SEJUMLAH daripada rumah mobil yang dibangunkan oleh Israel berhampiran perkampungan rakyat Palestin di Hebron, Tebing Barat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel mempertimbangkan langkah drastik menganeksasi sebahagian wilayah Tebing Barat sebagai tindak balas terhadap keputusan beberapa negara termasuk Perancis, Britain, Australia dan Kanada yang mengiktiraf negara Palestin.

Cadangan tersebut di­bentangkan dalam me­syuarat Kabinet keselamatan yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Langkah yang digelar sebagai perluasan ‘kedaulatan Israel’ itu bakal merangkumi kawasan yang dirampas dalam Perang Arab-Israel 1967.

Walaupun belum diumumkan secara rasmi kawasan yang bakal terlibat, beberapa spekulasi menyebut Lembah Jordan dan penempatan haram Israel sebagai antara sasaran awal.

Walau bagaimanapun, belum jelas sejauh mana pelaksanaan ini akan berlaku, sama ada dalam bentuk penuh atau sebahagian, dan sama ada ia hanya tertumpu kepada kawasan penempatan atau turut melibatkan tanah-tanah milik rakyat Palestin.

Sekiranya diteruskan, ia bakal memerlukan proses perundangan yang panjang dan rumit, serta mencetuskan implikasi diplomatik besar-besaran.

Langkah provokatif ini muncul susulan gelombang pengiktirafan rasmi terhadap Palestin oleh beberapa negara kuasa besar semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang akan berlangsung bulan ini.

Israel marah dengan perkembangan itu, yang dianggap mencabar kedudukan diplomatik Tel Aviv.

Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada tahun 2024 mengisytiharkan pendudukan Israel di Tebing Barat serta pembinaan penempatan Yahudi adalah tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa, dan menyeru pengunduran segera dari wilayah tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN