NEW YORK: Presiden Perancis Emmanuel Macron secara rasmi mengumumkan pengiktirafan negara Palestin semasa pembukaan sidang kemuncak khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menjelang Sidang Agung Tahunan yang bakal menghimpunkan lebih 140 pemimpin dunia. Pengumuman bersejarah itu disambut dengan tepukan gemuruh oleh delegasi antarabangsa. Presiden Palestin Mahmoud Abbas turut hadir secara maya, setelah dihalang hadir secara fizikal oleh Washington. “Setia kepada komitmen sejarah negara saya terhadap keamanan di Asia Barat, saya mengisytiharkan…