TEL AVIV: Sebuah kumpulan utama yang memperjuangkan pembebasan tebusan Israel di Gaza mendakwa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu menjadi penghalang terbesar usaha membawa mereka pulang, hanya beberapa jam selepas beliau menuduh pemimpin Hamas sebagai punca perang berlanjutan. Dalam kenyataannya semalam, Hostages and Missing Families Forum menegaskan serangan Israel ke atas mesyuarat pemimpin Hamas di Qatar baru-baru ini membuktikan Netanyahu sendiri yang menggagalkan peluang perjanjian. “Setiap kali rundingan hampir mencapai persetujuan, Netanyahu…










