HELSINKI: Finland mengakui bendera tentera udara mereka tidak seharusnya terus memaparkan lambang swastika yang besar di tengah-tengahnya, dan kini bersedia untuk menghapuskan simbol itu sepenuhnya. Menurut laporan Telegraph, langkah itu diambil selepas kehadiran simbol yang sinonim dengan parti Nazi Jerman berkenaan mencetuskan situasi janggal bersama pelawat asing. Swastika mula digunakan sebagai lambang rasmi Tentera Udara Finland sejak penubuhannya pada 1918, iaitu lebih awal sebelum Parti Nazi Jerman memilih simbol itu…