Najib gagal peroleh kebenaran komital bekas Peguam Negara 

Najib gagal buktikan bekas Peguam Negara hina mahkamah

NAJIB RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak gagal mendapatkan kebenaran untuk memulakan prosiding komital terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh.

Hakim Alice Loke Yee Ching menolak permohonan itu atas alasan bekas Perdana Menteri itu gagal membuktikan kes prima facie wujudnya penghinaan mahkamah.

Pada 19 Ogos lalu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah Ahmad Terrirudin menghina mahkamah kerana menyembunyikan kewujudan Titah Adendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang diserahkan kepadanya ketika memegang jawatan sebagai Peguam Negara.

Katanya, tindakan itu bermula seawal 3 April 2024 apabila Ahmad Terrirudin mengarahkan Peguam Persekutuan membantah semakan kehakiman difailkan bekas Perdana Menteri.

Tambahnya, Ahmad Terrirudin juga gagal mendedahkan titah berkenaan pada peringkat penting prosiding undang-undang dan didakwa mengelirukan mahkamah walaupun mempunyai kewajipan berterus terang.

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×