LONDON: Empat individu ditahan polis Britain selepas gambar Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bersama pesalah seks terkenal, Jeffrey Epstein dipancarkan pada dinding Istana Windsor ketika beliau mengadakan lawatan ke Britain. Trump tiba di Britain lewat malam semalam bagi menghadiri lawatan negara kali kedua yang dianggap luar biasa dan turut disambut oleh Raja Charles di Istana Windsor dengan istiadat penuh kemegahan. Menurut laporan, kumpulan penunjuk perasaan terlebih dahulu mengibarkan kain…










