TUNIS: Mandla Mandela, cucu kepada wira anti-apartheid Afrika Selatan, Nelson Mandela, mengumumkan pada Jumaat dia akan menyertai aktivis pro-Palestin dalam usaha memecahkan sekatan laut Israel ke atas Gaza dengan menaiki kapal bantuan dari Tunisia. “Kami, sebagai delegasi dari Afrika Selatan, memilih untuk menyertai Flotila Global Sumud dari Tunisia untuk menyampaikan mesej bahawa Afrika turut bersama dalam perjuangan ini. “Sebagai orang Afrika, kami sangat faham apa ertinya hidup di bawah penjajahan…










