ISLAMABAD: Lebih empat juta orang terjejas akibat banjir besar yang melanda Pakistan, sementara ribuan petani di India turut mengalami kerugian besar apabila hujan monsun lebat, diperburuk oleh pemanasan global, menenggelamkan kawasan pertanian utama di kedua-dua negara jiran itu. Sepanjang minggu lalu, hujan berterusan telah menyebabkan tiga sungai utama di wilayah Punjab, kawasan paling padat penduduk di Pakistan, melimpah dan membawa kemusnahan besar di jantung sektor pertanian negara tersebut. Menurut laporan…