Angka korban serangan Israel di Yemen meningkat 46 orang

Angka korban serangan Israel di Yemen meningkat 46 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Houthi di Yemen berkata, jumlah kematian dalam serangan udara Israel pada Rabu kini meningkat kepada 46 orang dengan 165 lagi dilaporkan cedera.

Serangan itu menyasarkan ibu kota Yemen, Sanaa, serta wilayah utara al-Jawf, dalam siri serangan balas antara Israel dan kumpulan Houthi yang disokong Iran susulan peperangan rejim Zionis di Gaza.

Tentera Israel dalam satu kenyataan mendakwa serangan itu dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan yang dilakukan oleh kumpulan Houthi di mana dron dan peluru berpandu permukaan ke permukaan dilancarkan ke arah wilayah Israel.

Awal Khamis, tentera Israel berkata, pihaknya memintas dua pelancaran dari Yemen melibatkan sebuah peluru berpandu dan sebuah dron yang kemudian didakwa oleh pihak Houthi sebagai operasi mereka.

Jurucakap tentera Houthi pula menegaskan operasi tersebut adalah sebagai sebahagian daripada tindak balas terhadap pencerobohan Israel terhadap negaranya.

Houthi, yang menguasai kawasan paling padat penduduk di Yemen, turut menyerang kapal-kapal di Laut Merah dalam beberapa bulan kebelakangan ini sebagai tindakan solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza.

Mereka juga telah melancarkan beberapa peluru berpandu ke arah Israel, kebanyakannya berjaya dipintas.

Israel membalas dengan melancarkan serangan ke atas kawasan yang dikuasai Houthi di Yemen, termasuk pelabuhan penting Hodeidah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN