TEHERAN: Selepas kira-kira sedekad, Iran sekali lagi tertakluk kepada sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika Barat meningkatkan tekanan terhadap Teheran, meskipun mendapat tentangan daripada Russia dan China. Sekatan itu berkuat kuasa semula secara automatik pada tengah malam Ahad, susulan tindakan negara penandatangan Eropah mengaktifkan mekanisme ‘snapback’ dalam perjanjian nuklear Iran 2015. Ia merangkumi embargo senjata, pembekuan aset dan larangan perjalanan, termasuk sekatan nuklear, peluru berpandu serta perbankan yang dijangka menjejaskan…