LAS VEGAS: Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) melancarkan siasatan berhubung penemuan sekitar 70 longgokan abu dan serpihan tulang manusia di kawasan gurun terpencil berhampiran Searchlight, sejam perjalanan dari Lembah Las Vegas. Memetik laporan 8 News Now, seorang individu menemui lokasi berkenaan pada 28 Julai lalu dan antara yang ditemui termasuk serpihan tulang, abu, sisa daging terbakar, cebisan kabel pengikat serta sebuah balang abu yang pecah. Gambar di lokasi menunjukkan serpihan…