LISBON: Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh manakala 18 lagi cedera apabila sebuah kereta api funikular bersejarah yang juga tarikan pelancongan terkenal, Elevador da Gloria, tergelincir lalu merempuh sebuah bangunan berhampiran di pusat bandar raya ini. Insiden tragis itu berlaku sekitar pukul 6 petang waktu tempatan semalam, ketika waktu puncak. Pihak berkuasa masih belum mendedahkan identiti mangsa, namun mengesahkan sebahagian daripada mereka adalah pelancong asing. “Ini adalah hari yang amat menyedihkan buat…