LONDON: Seorang wartawan sambilan (stringer) yang sudah berkhidmat dengan agensi berita antarabangsa Reuters selama lapan tahun meletak jawatan dan ‘menamatkan hubungannya dengan organisasi’ itu. Tindakan itu dibuat selepas Valerie Zink menyifatkan Reuters ‘terlibat dalam membenarkan serta menyebarkan propaganda Israel berhubung serangan terhadap wartawan di Gaza’. Menurut kenyataannya, Zink menyatakan dia tidak lagi sanggup menyandang pas media Reuters selepas agensi itu menerbitkan dakwaan tidak berasas mengenai wartawan Al-Jazeera, Anas Al-Sharif, merupakan…