Trump mahu hadkan tempoh tinggal pelajar, wartawan asing di AS

Trump mahu hadkan tempoh tinggal pelajar, wartawan asing di AS

BEBERAPA pelajar berswafoto semasa Hari Graduan Universiti Harvard di Cambridge, Massachusetts, baru-baru ini. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bakal mengetatkan tempoh tinggal pelajar dan wartawan asing di negara ini.

Langkah itu menyaksikan pelajar asing hanya boleh menetap empat tahun di AS, manakala wartawan antarabangsa pula dibenarkan tinggal selama 240 hari.

Mereka dibenarkan memohon lanjutan tempoh, kecuali wartawan dari China yang hanya diberikan 90 hari tinggal tanpa lanjutan automatik.

Langkah itu menandakan usaha terbaharu pentadbiran Trump untuk mengetatkan imigresen sah, dengan alasan sesetengah pelajar asing menyalahgunakan visa pelajar untuk kekal di negara itu tanpa had.

“Selama ini, kerajaan terdahulu membenarkan pelajar asing dan pemegang visa lain tinggal hampir tanpa batasan, yang menimbulkan risiko keselamatan, membebankan pembayar cukai, dan merugikan warga AS,” kata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dalam kenyataan media.

Bagaimanapun, jabatan itu tidak mengemukakan bukti atau penjelasan lanjut berhubung bagaimana pelajar antarabangsa menjejaskan ekonomi atau keselamatan negara.

Menurut statistik Jabatan Perdagangan AS, pelajar antarabangsa menyumbang lebih daripada AS$50 bilion (ARM211 bilion) kepada ekonomi negara pada tahun 2023.

AS kekal sebagai destinasi utama pelajar antarabangsa, dengan lebih 1.1 juta pelajar mendaftar pada tahun akademik 2023–2024, menjadikan yuran pengajian penuh yang dibayar mereka sebagai sumber pendapatan utama bagi institusi pengajian tinggi di negara itu.

Langkah ini turut mengundang kritikan daripada pihak akademik.

Langkah itu juga dikemukakan ketika sesi akademik baharu bermula, dengan banyak universiti melaporkan kemerosotan pendaftaran pelajar antarabangsa akibat dasar ketat imigresen yang dilaksanakan sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN