WASHINGTON: Ratusan lagi anggota Pengawal Kebangsaan dari enam negeri yang ditadbir Republikan dihantar ke Washington D.C bagi memperkukuh langkah luar biasa Presiden, Donald Trump membanjiri bandar pimpinan Demokrat itu dengan tentera dan ejen persekutuan. Trump mendakwa, tindakan tersebut sebagai usaha menangani jenayah keganasan di ibu negara. Gabenor Republikan Mississippi, Louisiana dan Tennesse mengumumkan persetujuan menghantar anggota mereka, beberapa hari selepas West Virginia, Carolina Selatan dan Ohio turut menyatakan komitmen sama…