Tentera Thailand tidak akan berundur dari sempadan Kemboja

Tentera Thailand tidak akan berundur dari sempadan Kemboja

THAILAND tidak akan mengundurkan pasukan tenteranya dari kawasan sempadan Komboja. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand tidak akan menarik balik tenteranya dari 11 lokasi strategik di sepanjang sempadan dengan Kemboja, walau apa pun hasil rundingan penting yang berlangsung Khamis ini di Kuala Lumpur, kata Leftenan Jeneral Boonsin Padklang, Komander Wilayah Tentera Kedua.

Kenyataan itu dibuat ketika pihak berkuasa kerajaan dan keselamatan Thailand memuktamadkan cadangan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Umum (GBC) antara Thailand dan Kemboja.

Rundingan tersebut turut akan dihadiri oleh Menteri Pertahanan kedua-dua negara.

Menurut Boonsin, tentera Thailang akan terus kekal di lokasi seperti Chong Aan Mah di Ubon Ratchathani dan Phu Makua di Si Sa Ket, yang jelas berada dalam wilayah kedaulatan Thailand.

“Kami tidak akan berundur. Kawat duri dan pasukan telah dikerah bagi menghalang sebarang pencerobohan,” katanya.

Rundingan GBC membincangkan pelan damai lapan perkara termasuk gencatan senjata di zon pertikaian, perlindungan orang awam, tiada penambahan anggota atau senjata, penghentian pergerakan ketenteraan, penjagaan anggota yang cedera atau terkorban, penubuhan pasukan penyelaras bersama, pelarasan kedudukan pasukan dan pemformalan dasar jika dipersetujui wakil

Thailand diketuai oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Jeneral Nattaphon Narkphanit, yang kini memangku jawatan menteri penuh.

Menurut beliau, Kemboja menunjukkan kesungguhan dalam mematuhi gencatan senjata menerusi persetujuan awal yang dicapai sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN